Just ONE advertisement to change EVERYTHING!! Never in my life I would imagine venturing into entrepreneurs’ world. Never once have I thought that doing business is part of me. But THAT advertisement just triggers the alarm in me. Without further thoughts, I called up the given number and signed up to attend the seminar. THAT advertisement just changed my life entirely. My mindset of course…

NAK BUAT DUIT SEMASA TIDUR?: Encik Fadzuli menggalak peniaga dalam talian agar menjalankan bisnes secara auto-pandu dengan memanfaatkan empat sistem utama. — Foto TUNI SHARIFF
15 Mac 2010
EKONIAGA
Niaga dalam talian secara auto-pandu, mudahnya
Lima pakar Internet setempat berkongsi kepakaran masing-masing dalam membantu masyarakat Melayu Islam menggarap manfaat berniaga secara online dalam Seminar Untung Internet anjuran Learning Discoveries dan Meja Ekoniaga Berita Harian dan disokong Virtual Internet Specialist baru-baru ini. Ekoniaga membentangkan tip daripada dua penceramah dalam rencana hari ini. Tiga lagi penceramah akan disiarkan minggu berikutnya.
Peniaga perlu punyai empat sistem utama untuk kendali bisnes tanpa guna tenaga fizikal sepanjang masa
SESIAPA sahaja mampu menjana pendapatan semasa nyenyak tidur asalkan anda mempunyai empat sistem utama untuk berniaga dalam talian secara auto-pandu.
Menurut pengasas IslamicSG Networks, Encik Fadzuli Wahab, empat sistem itu membina satu sistem perniagaan dalam talian yang lengkap yang akan membolehkan seseorang mengendalikan bisnes secara auto-pandu tanpa menggunakan tenaga fizikal sepanjang masa.
Empat sistem yang dimaksudkan beliau adalah sistem menjana trafik, sistem susulan, sistem khidmat pelanggan dan sistem rujukan.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah berjudul Mengapa Anda Harus Menjalankan Bisnes secara Auto-Pandu di Seminar Untung Internet, yang dianjurkan Learning Discoveries bersama Meja Ekoniaga Berita Harian dan disokong Virtual Internet Specialists, baru-baru ini.
Encik Fadzuli berkata setiap sistem itu mempunyai objektif tersendiri yang mana dengan adanya keempat-empat sistem ini, bisnes dalam talian dapat bergerak secara sendiri dengan hanya dipantau dari semasa ke semasa.
Menjelaskan tentang sistem menjana trafik, ia merupakan satu proses pemasaran yang boleh dilakukan melalui tiga cara iaitu menarik, meminjam dan membeli.
‘Sebenarnya banyak cara yang boleh digunakan untuk menjana trafik. Contohnya, dari segi menarik anda boleh mendapatkan perhatian pelanggan berpotensi dengan membeli nama domain anda sendiri di alam maya.
‘Mungkin ketika anda beli nama domain itu, ia tidak mempunyai nilai tetapi siapa tahu pada satu hari ia boleh bernilai jutaan dolar.
‘Anda juga boleh meminjam wadah, seperti Facebook, yang boleh membawa pembaca atau pelanggan berpotensi ke laman web anda.
‘Dan akhir sekali, anda juga boleh membeli iklan di media tradisional dan mencapai penjualan melalui laman web anda,’ jelas Encik Fadzuli.
Beliau menekankan, apa yang penting, seorang peniaga dalam talian perlu menetapkan proses penjadualan yang memanfaatkan pelbagai wadah daripada usaha pemasaran di media sosial seperti Facebook atau Twitter kepada rencana di akhbar kepada pemasaran menerusi e-mel dan video.
‘Jika anda lakukan ini dengan konsisten, sudah tentu ada yang akan mendapatkan produk dan khidmat anda,’ kata usahawan berusia 28 tahun itu.
Sistem susulan pula memainkan peranan penting, ujar Encik Fadzuli kerana dalam dunia alam maya, anda perlu pasarkan produk atau khidmat kepada lebih 300 orang untuk mencapai satu penjualan.
‘Anda akan dapat meningkatkan penjualan anda 10 kali ganda dengan membuat langkah susulan sekurang-kurangnya enam kali. Untuk melakukan ini, pastikan anda mendapatkan nama, e-mel dan nombor telefon mereka,’ tekannya lagi.
Untuk ini, kata beliau, para peniaga boleh memanfaatkan khidmat auto-responders, yang akan menguruskan dan menjawab segala pertanyaan serta tempahan yang dibuat oleh para pelanggan.
Terdapat pelbagai khidmat auto-responders yang ditawarkan di Internet, termasuk AWeber dan iContact.
Dalam ceramahnya, Encik Fadzuli turut menekankan peri-pentingnya khidmat pelanggan dalam niaga secara dalam talian kerana ‘ia mengambil hari, bulan dan tahun untuk menarik pelanggan baru tetapi hanya mengambil sesaat untuk hilang seorang pelanggan’.
‘Lantaran itu, jangan berhenti selepas menjual satu produk dan terus menyusul klien yang ada dengan produk dan promosi baru. Jika anda tiada produk baru anda boleh mempromosikan produk yang berkaitan dengan produk anda,’ ujarnya.
Sistem terakhir yang dikongsi Encik Fadzuli adalah sistem rujukan.
‘Tidak semua orang boleh menjadi pemasar tetapi semua orang boleh dilatih merujuk atau menyarankan sesuatu. Jika anda menjalankan bisnes, terdapat prinsip pareto yang mana 20 peratus pelanggan anda akan menghasilkan 80 peratus pendapatan anda.
‘Ini bermakna anda akan memberikan ganjaran kepada pelanggan anda yang berjaya merujuk atau menyarankan produk anda kepada orang lain,’ jelas Encik Fadzuli.
Seminar di The Grassroot’s Club itu turut menampilkan empat penceramah lain yang menyentuh pelbagai aspek niaga dalam talian dan dihadiri lebih 500 peserta.